Assalamuaalaikum blog. Hehe lama tak buat post.
Dalam hidup ni pelbagai kenangan yang telah tercipta .
Ada yang manis , juga ada yang pahit.

Walau apa pun, sepahit mana pun kenangan itu.
Dengan kenangan itulah kita mampu bangkit.
Dan, percayalah ianya sementara sahaja.

Jangan risau, khuatir atas kenangan pahit itu.
Ianya hanya untuk kita mewujudkan rasa bangkit dalam diri.
Kenangan itu tidak salah, malah ia wujud.

Senyumlah, walaupun sukar.
Setidak-tidaknya kita cuba.
Berbahagialah dengan hati yang redha menerima.

Setiap kenangan yang telah terpahat.
Semuanya datang dari Allah.
Kembalilah kepada Allah.




Ya Allah dekaplah aku..maafkanlah aku.. sungguhnya aku lemah..

Allah hu.. aku tak tau lah kenapa aku sedih sangat bila aku tahu ibuku sudah bernikah dgn lelaki tu.. Aku sudah berjanji dgn diriku aku akan tidak berjumpa dan ingin memutuskan silaturahim ku jika ibuku bernikah dengan lelaki tu..

Tapi.. aku tak sanggup ya rabb., sungguh aku tak kuat melakukan itu..
Aku sayang mama.. aku harap satu hari nnti aku akan tinggal dengan nya..
Allah...

Aku buntu.. apa harus aku buat? apa harus aku lakukan? sebgai seorang anak ini adalah dugaan yg besar bagi ku,, berapa kali harus aku yg terluka melihat orang kita sayang menjadi milik orang lain?

Sungguh aku cemburu dgn orang lain melihat mereka bermesra dengan ibunya, bermanja .. sungguh aku rindu.. sungguh aku gersang dengan pelukan ibuku,, ciuman nya.. jari nya.. masakan nya.. Allah..

Memang bermacam macam .. berkali kali ia menyakitkan hatiku.. Tapi,.. pengorbanannya .. kasih sayang nya sentiasa di dalam ingatan ku..
Sampai bila aku harus begini? selepas ini apa lagi dugaan yg harus ku tempuh?

Rasa nak mati jeeeeeeeeeeeeee.. bukan nak lari dari masalah dugaan.. tpi tak sanggup menerimaanya lagi .............Allah kuatkan la aku,,

 miss you,,,, sungguh..



Ya qowiy

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan ! ^^


Alhamdulillah bertemu lagi kita pada bulan yang penuh keberkatan ini. Jadi jangan membazirkan masa. Gunakan masa dengan sebaik baiknya. Jangan biakan masa berlalu tanpa apa apa yang di manfaatkan, So, selamat berpuasa gaiss.

Tips-tips Puasa dengan Baik :)

  1. Puasa niat kerana Allah
  2. Jauhi maksiat
  3. Elakkan berbual kosong 
  4. Elakkan bergossip 
  5. Menutup aurat dengan perfect 
  6. Al-quran jangan lupaaa
  7. Buka jangan berlebihan
  8. Sedekah dengan ikhlas
  9. Terawih jangan tinggal 
  10. Sentiasa berselawat, beristighfar dan berzikir 
Tu di antara  10 tips yang saya kongsi :)
Semoga bermanfaat gaiss
Yukk puasaaaaaa ! :)

Cemburu sangat, pada manusia yang kelihatan sungguh bahgia :')

Assalamuaalaikum semua,

Ini kisah aku dan kehidupanku, Saje meluahkan apa yang terkandung dalam hati ni :')
Kalau bukan dengan Allah dengan blog nilah aku share my feelings :') Wallahi, sungguh aku cemburu melihat orang yang sungguh bahgia tinggal bersama keluarganya,sahabatnya malah dengan orang yang mengasihinya. Sunnguh aku terlalu cemburu.


Kisah kehidupanku yang amat memeritkan hati aku terus aku pendam.simpan biar ia terus ada di dalam hati, Aku dilahirkan pada 4,10,97 dan aku adalah sepasang kembar. Kembarku, bernama nadhirah, Aku dilahirkan menjadi seorang kembar adik manakala nadhirah adalah akak kembarku. Sungguh aku bersyukur atas pemberian nyawa yang Allah beri. Kerana masa jarak aku dan akak ku lebih kurang satu jam. Memang susah nak keluarkan, dah keluar lepaas tu songsang pula. Kesian ibuku, sampai bengkok tulang belakangnya, Sedih aku melihatnya :'(


Lalu, pada usiaku 14 tahun keluarga yang aku sangka kan akan kekal hingga ke syurga telah berpisah, Terus musnah harapanku. Luluh hatiku. Dengan penceraian ibuku dan ayahku telah memisahkan aku dan adik kandungku putri tinggal di tempat berasingan. Malah, aku terpaksa tinggal bersama Ayahku. Bukan terpaksa, Aku rasa lebih senang tinggal bersama ibuku. Tapi atas faktor tertentu aku tinggal bersama ayahku, Mula-mula, memang aku rasa amat sedih, Kecewa sangat kenapa Allah lakukan ini kepadaku? Kenapa Allah harus lakukan padaku? Apa salahku? Apa salah keluarga ku? Memang ini sudah nasibku dan adik beradik ku yang lain. Jiwa ini rasa kosong, Rasa sungguh terluka,

Setiap waktu solat aku tidak khusyuk, Jujur ku akui. Aku tidak boleh melupakan tragedi ini. Sampaikan di dalam solat aku terus menangis. Walhal, perkara ini biasa bagi kedua ibu bapa ku. Tapi, bagiku perkara ini amat susah untuk aku melupakan. Susah. Mana mungkin ia senang? Kerana aku sudah berpuluh-puluh tahun tinggal bersama kedua ibu bapaku. Tapi atas penceraian ini aku dipisahkan untuk tinggal bersama ibuku lagi.

Jujur dalam hati ini, aku cemburu. Selalu aku melihat keluarga kawan kawan ku yang bahgia. Walaupun, hidup dalam kemiskinan tapi keluarga mereka selalu bersatu. Selalu gembira. Ia amat berat untuk aku laluinya. Kerana aku amat merindui keluarga ku yang dulu. Amat aku merindui masakan ibuku pada tiap hari. Menyambut syawal dan ramadhan bersama. Bersalaman di pagi raya. Allahuu.. sungguh aku rindu itu.

Paling aku terkesan sekali apabila melihat kawan-kawanku bersalaman dengan kedua ibu bapanya sebelum ke sekolah. Aku hanya bersalaman dengan ayahku sahaja. Tidak pernah selama aku bersekolah dari tingkatan 3 hingga tingkatan 5 langsung pada tiap pagi hendak ke sekolah aku tidak pernah bersalaman dengan ibuku meminta keberkatan belajar. Langsung.


Aku cemburu melihat teman baik ku apabila dia balik dari sekolah ibunya terus memasak untuknya. Sebelum pergi sekolah bersalaman dengan ibunya, selepas sekolah makan bersama ibunya. MashaAllah gembiranya. 


Selepas satu tahun yang lalu, apabila umurku mencecah 15 tahun. Ibuku mengahwini bersama seseorang lelaki yang aku kenal. Lelaki itu arwah isterinya pernah menjaga adikku putri semasa bayi. Sungguh tersentak hati ini. Melihat ibuku mengahwini dia. Aku redha. Sabar dengan apa yang diberi oleh Allah. Sabar dan terus sabar... Aku tidak pergi ke majlis perkahwinan ibuku itu. Aku di rumah hanya mampu menangis apabila mendengar khabar bahwa ibuku sudah dinikahi oleh lelaki ini. Aku berkata "Allah, aku redha." 

Beberapa bulan selepas ibuku berkahwin. Ayahku pula. Ku sangka kan ayah ku tidak akan berkahwin, meninggalkan aku lagi. Tapi, sangkaan ku salah. Malah ia tidak terjadi langsung. Pada suatu hari , ayahku mengajak aku pergi ke cherating, pahang. Aku sangka kan ayah ku ingin ajak ku pergi bercuti. Malah, ayahku ingin membawa aku berjumpa dengan bakal istrinya. Hati ini hanya Allah tahu betapa peritnya, betapa sakitnya hati ini seakan terguris guris. Dalam hati ini terus redha dengan dugaan yang Allah beri. Terus aku menerimanya dengan hati yang sabar.

Langsung aku redha, Aku sabar denngan dugaan yang Allah beri. Ia bukan nak minta simpati tapi saje nak share. 

Apabila umurku 17 tahun ayahtiri ku meninggal. Ibu ku tinggal bersendirian. Selapas beberapa bulan ayahtiri ku meninggal. Ibuku berkwan dengan seorang lelaki yang amat aku benci. Tiap malam keluar bersama ibu ku. Lelaki itu memang jahat, dia telah mempergunakan makcik ku, Dan, sekarang ia mahu mempergunakan ibuku. Perangai ibuku sejak mengenali lelaki jahat itu sungguh berbeza, Sungguh kelihatan berbeza. Yelah, lelaki mana yang baik ? keluar dengan ibuku sampai lewat malam? Adakah lelaki itu untuk aku redha lagi menjadi ayahtiri ku? Maaflah. Ia amat tidak akan berlaku. 

Aku harap, ibuku tidak berkahwin dengan dia. Aku selalu berkata "Kalau mama kahwin dengan dia hubungan adik dengan mama dah putus" Sampai macam tu sekali, aku tidak suka ibuku berkawan dengan lelaki sebegitu. Aku tahu lelaki itu cuma mahu mengambil peluang sahaja. 

Hmm. 

Selalu aku mengingatkan diri bahwa dugaan Allah itu dengan pelbagai cara, pelbagai bentuk. Ada je tak henti henti. 

Tiap malam sebelum tidur aku terus menangis, menagis merindui keluarga ku yang dulu. Sungguh aku rindu sangat. Nak buat macam mana kan? ;') Benda dah jadi punn. Sabar jelah :')


Kenapa kena tutup Aurat :)


Assalamuaalaikum wbt.

Maksud Aurat dari segi BAHASA : Keaiban .
Maksud Aurat dari segi SYARAK : Bahagian-bahagian tertentu pada tubuh manusia yg  WAJIB DTUTUP

AURAT WANITA

  • KETIKA SOLAT : SELURUH TUBUH KECUALI MUKA DAN TAPAK TANGAN

  • DI HADAPAN WANITA NON MUSLIM  : SELURUH ANGGOTA KECUALI KEPALA, MUKA, LEHER, DUA TAPAK TANGAN HINGGA KE SIKU.

  • DI HADAPAN LELAKI BUKAN MAHRAM  : SELURUH TUBUH BADAN 

Contoh :

Contoh Pemakaian Muslimah.
  1. Tudung mestilah labuh menutupi bahagian dada dan tidak jarang.
  2. Kain/ Seluar panjang sehingga ke buku lali
  3. Memakai sarung kaki / stokin
  4. Lengan baju of coz panjang.
  5. Pakai handsock untuk elak ternampak aurat di lengan
  6. Baju mesti longgar dan labuh
  7. Jangan tabarruj
  8. Purdah ? silakan. Bukan benda Salah ^^


Sekadar Perkongsian Cerita Apabila Berniqab

Assalamuaalaikum.

Alhamdulillah. Ana mendapat hidayahNya untuk berpurdah walaupun agak susah jugak semasa nak berpurdah ni. Lagi lagi nak makan kan. Huhu. Takpe niat kerana Allah insha Allah, Allah permudahkan.
First time makan dengat purdah masa dekat kl mad valley tahu la kan KL kan mesti wajib ramai orang kan lelagi kat mad valley tu. Agak susah nak makan yela dah first time makan kan. First makan nasi kot tu susah sikit nak makan. Ana makan sikit je. Huhu. Pastu makan maggie goreng senang sikit nak makan ^^ sebab dia macam mee kan boleh potong kekecik amik kau makan sampai licin :b. Tapi, kesian family tunggu. Sebab makan dengan purdah nikena makan hati hati makan dengar sopan mcm tu so macam lambat sikit. Hehe. First time pakai purdah masa Kuliah Ustz Azhar Idrus dekat melaka. Time pakai tu ramai yang memerhati lagi lagi golongan orang tua kan. Hehe. Memang ana rasa selamat dan seronok. Hati terasa nak pakai ni sebab bukak kuliah ustaz Azhar, Ustz Azhar cakap dalam pendapat Imam Syafie ada dua pendapat satu pendapat wanita perlu menutup seluruh tubuh badan dia dan lagi satu wanita perlu menutup seluruh tubuh badan dia kecuali muka dan tapak tangan pastu dtanya mana lebih baik? lalu Imam Syafie pun kata yang tertutup itu lebih baik di akhir zaman. *Lebih kurang mcm tulah* So, fikir fikir buat apa la nak kejarkan dunia right? Sebab kita ni PEREMPUAN. Fitnah besar adalah Wanita. Allahuu..... Kadang kadang rasa takut pun ada. Itu sebab pakai purdah. Yela lelaki zaman sekarang *Tak semua* memang kebanyakan kejarkan kecantikan wanita daripada Agama dan akhlaknya pastu bila la wanita tu dah kurang cantik mesti dia diceraikan dipukul didera. Tu yang ana takut tu. Haihh. Jadi hawa ku seru ayuhla kita bangkit! Tegak kan agama Allah ! Ayuh tutup aurat dengan sempurna ! Dunia ni hanyalah sementara manakala Akhirat adlah kekal ! :D Jadi tak usahlah kejarkan dunia yang sementara ya ? :')

Wallahuallam.

Assalamuaalaikum

Statement about "FOREVER ALONE"

Bismillahirahmanirahim :)
Assalamuaalaikum ya sodiqi semua ^^  Bagaimana hari ini ? Sihat ? Alhamdulillah kalau sihat . Yang tak sihat tu jangan lupa makan ubat dan sentiasa hadirkan perasaan rasa syukur terhadap allah swt :)

Okey , hari ni kita sedar tak ramai orang yang single di luar sana yang tiada boyfriend yang tiada girlfriend or best friend ke kan? Of course dia akan cakap dia tu forever alone kan? Ememem. Kenapa ya? Memang nak ka kita forever alone selama-lamanya di dalam tanah ? Kenapa kita tak bersyukur yang allah masih lagi memberi kita nikmat membaaca al-quran , solat , membuat kebaikan dan sebagainya ? , Allah mahu kita sentiasa sedar yang allah tu sentiaasaa ada di samping kita tapi kita ja tak nampak allah :)) Kalau kita sentiasa membuat perkara-perkara yang allah suruh pasti kita dapat rasa yang allah ada untuk kita . Allah jaga kita daripada maksiat allah jaga kita daripada bisikan syaitan sebab apa allah jaga kita ? Sebab kita ikut perintah-Nya :) Contoh ya , Macam cikgu kita ada bagi kita homework kan ? Kita laksanakan mesti cikgu akan lebih sayang kat kita kan ? kekadang ada segelintir cikgu siap bagi hadiah lagi kan ? Macam tu juga allah kalau kita ikuut perintah-nya allah mesti saayangg kita , mesti bagi yang terbaik untuk kita kan ? Insha allah dengan izin-Nya yaa . Jadi kita sebagai hamba-nya memang kena banyak bersabar banyak banyak kan lah bersyukur , Jangan pernah sesekali salah kan allah kerana tak membaeri kita gf or bf atau pun bila kita rasa sunyi Okey semua ? Kita bila sunyi hiburkan lah hati dengan zikir . Bila kita rasa sepi buanglah sepi dengan membaca al-quran bila rasa keseorangan luahkan lah segala nya dengan solat sunat dan sebagainya . Bila rasa rindu terus selawat pada rasulullah sebab rasulullah pun sedang rindu akan kita :)

Semoga bermanfaat ya ^___^

Assalamuaalaikum ......