Sekadar Perkongsian Cerita Apabila Berniqab

Assalamuaalaikum.

Alhamdulillah. Ana mendapat hidayahNya untuk berpurdah walaupun agak susah jugak semasa nak berpurdah ni. Lagi lagi nak makan kan. Huhu. Takpe niat kerana Allah insha Allah, Allah permudahkan.
First time makan dengat purdah masa dekat kl mad valley tahu la kan KL kan mesti wajib ramai orang kan lelagi kat mad valley tu. Agak susah nak makan yela dah first time makan kan. First makan nasi kot tu susah sikit nak makan. Ana makan sikit je. Huhu. Pastu makan maggie goreng senang sikit nak makan ^^ sebab dia macam mee kan boleh potong kekecik amik kau makan sampai licin :b. Tapi, kesian family tunggu. Sebab makan dengan purdah nikena makan hati hati makan dengar sopan mcm tu so macam lambat sikit. Hehe. First time pakai purdah masa Kuliah Ustz Azhar Idrus dekat melaka. Time pakai tu ramai yang memerhati lagi lagi golongan orang tua kan. Hehe. Memang ana rasa selamat dan seronok. Hati terasa nak pakai ni sebab bukak kuliah ustaz Azhar, Ustz Azhar cakap dalam pendapat Imam Syafie ada dua pendapat satu pendapat wanita perlu menutup seluruh tubuh badan dia dan lagi satu wanita perlu menutup seluruh tubuh badan dia kecuali muka dan tapak tangan pastu dtanya mana lebih baik? lalu Imam Syafie pun kata yang tertutup itu lebih baik di akhir zaman. *Lebih kurang mcm tulah* So, fikir fikir buat apa la nak kejarkan dunia right? Sebab kita ni PEREMPUAN. Fitnah besar adalah Wanita. Allahuu..... Kadang kadang rasa takut pun ada. Itu sebab pakai purdah. Yela lelaki zaman sekarang *Tak semua* memang kebanyakan kejarkan kecantikan wanita daripada Agama dan akhlaknya pastu bila la wanita tu dah kurang cantik mesti dia diceraikan dipukul didera. Tu yang ana takut tu. Haihh. Jadi hawa ku seru ayuhla kita bangkit! Tegak kan agama Allah ! Ayuh tutup aurat dengan sempurna ! Dunia ni hanyalah sementara manakala Akhirat adlah kekal ! :D Jadi tak usahlah kejarkan dunia yang sementara ya ? :')

Wallahuallam.

Assalamuaalaikum