Cemburu sangat, pada manusia yang kelihatan sungguh bahgia :')

Assalamuaalaikum semua,

Ini kisah aku dan kehidupanku, Saje meluahkan apa yang terkandung dalam hati ni :')
Kalau bukan dengan Allah dengan blog nilah aku share my feelings :') Wallahi, sungguh aku cemburu melihat orang yang sungguh bahgia tinggal bersama keluarganya,sahabatnya malah dengan orang yang mengasihinya. Sunnguh aku terlalu cemburu.


Kisah kehidupanku yang amat memeritkan hati aku terus aku pendam.simpan biar ia terus ada di dalam hati, Aku dilahirkan pada 4,10,97 dan aku adalah sepasang kembar. Kembarku, bernama nadhirah, Aku dilahirkan menjadi seorang kembar adik manakala nadhirah adalah akak kembarku. Sungguh aku bersyukur atas pemberian nyawa yang Allah beri. Kerana masa jarak aku dan akak ku lebih kurang satu jam. Memang susah nak keluarkan, dah keluar lepaas tu songsang pula. Kesian ibuku, sampai bengkok tulang belakangnya, Sedih aku melihatnya :'(


Lalu, pada usiaku 14 tahun keluarga yang aku sangka kan akan kekal hingga ke syurga telah berpisah, Terus musnah harapanku. Luluh hatiku. Dengan penceraian ibuku dan ayahku telah memisahkan aku dan adik kandungku putri tinggal di tempat berasingan. Malah, aku terpaksa tinggal bersama Ayahku. Bukan terpaksa, Aku rasa lebih senang tinggal bersama ibuku. Tapi atas faktor tertentu aku tinggal bersama ayahku, Mula-mula, memang aku rasa amat sedih, Kecewa sangat kenapa Allah lakukan ini kepadaku? Kenapa Allah harus lakukan padaku? Apa salahku? Apa salah keluarga ku? Memang ini sudah nasibku dan adik beradik ku yang lain. Jiwa ini rasa kosong, Rasa sungguh terluka,

Setiap waktu solat aku tidak khusyuk, Jujur ku akui. Aku tidak boleh melupakan tragedi ini. Sampaikan di dalam solat aku terus menangis. Walhal, perkara ini biasa bagi kedua ibu bapa ku. Tapi, bagiku perkara ini amat susah untuk aku melupakan. Susah. Mana mungkin ia senang? Kerana aku sudah berpuluh-puluh tahun tinggal bersama kedua ibu bapaku. Tapi atas penceraian ini aku dipisahkan untuk tinggal bersama ibuku lagi.

Jujur dalam hati ini, aku cemburu. Selalu aku melihat keluarga kawan kawan ku yang bahgia. Walaupun, hidup dalam kemiskinan tapi keluarga mereka selalu bersatu. Selalu gembira. Ia amat berat untuk aku laluinya. Kerana aku amat merindui keluarga ku yang dulu. Amat aku merindui masakan ibuku pada tiap hari. Menyambut syawal dan ramadhan bersama. Bersalaman di pagi raya. Allahuu.. sungguh aku rindu itu.

Paling aku terkesan sekali apabila melihat kawan-kawanku bersalaman dengan kedua ibu bapanya sebelum ke sekolah. Aku hanya bersalaman dengan ayahku sahaja. Tidak pernah selama aku bersekolah dari tingkatan 3 hingga tingkatan 5 langsung pada tiap pagi hendak ke sekolah aku tidak pernah bersalaman dengan ibuku meminta keberkatan belajar. Langsung.


Aku cemburu melihat teman baik ku apabila dia balik dari sekolah ibunya terus memasak untuknya. Sebelum pergi sekolah bersalaman dengan ibunya, selepas sekolah makan bersama ibunya. MashaAllah gembiranya. 


Selepas satu tahun yang lalu, apabila umurku mencecah 15 tahun. Ibuku mengahwini bersama seseorang lelaki yang aku kenal. Lelaki itu arwah isterinya pernah menjaga adikku putri semasa bayi. Sungguh tersentak hati ini. Melihat ibuku mengahwini dia. Aku redha. Sabar dengan apa yang diberi oleh Allah. Sabar dan terus sabar... Aku tidak pergi ke majlis perkahwinan ibuku itu. Aku di rumah hanya mampu menangis apabila mendengar khabar bahwa ibuku sudah dinikahi oleh lelaki ini. Aku berkata "Allah, aku redha." 

Beberapa bulan selepas ibuku berkahwin. Ayahku pula. Ku sangka kan ayah ku tidak akan berkahwin, meninggalkan aku lagi. Tapi, sangkaan ku salah. Malah ia tidak terjadi langsung. Pada suatu hari , ayahku mengajak aku pergi ke cherating, pahang. Aku sangka kan ayah ku ingin ajak ku pergi bercuti. Malah, ayahku ingin membawa aku berjumpa dengan bakal istrinya. Hati ini hanya Allah tahu betapa peritnya, betapa sakitnya hati ini seakan terguris guris. Dalam hati ini terus redha dengan dugaan yang Allah beri. Terus aku menerimanya dengan hati yang sabar.

Langsung aku redha, Aku sabar denngan dugaan yang Allah beri. Ia bukan nak minta simpati tapi saje nak share. 

Apabila umurku 17 tahun ayahtiri ku meninggal. Ibu ku tinggal bersendirian. Selapas beberapa bulan ayahtiri ku meninggal. Ibuku berkwan dengan seorang lelaki yang amat aku benci. Tiap malam keluar bersama ibu ku. Lelaki itu memang jahat, dia telah mempergunakan makcik ku, Dan, sekarang ia mahu mempergunakan ibuku. Perangai ibuku sejak mengenali lelaki jahat itu sungguh berbeza, Sungguh kelihatan berbeza. Yelah, lelaki mana yang baik ? keluar dengan ibuku sampai lewat malam? Adakah lelaki itu untuk aku redha lagi menjadi ayahtiri ku? Maaflah. Ia amat tidak akan berlaku. 

Aku harap, ibuku tidak berkahwin dengan dia. Aku selalu berkata "Kalau mama kahwin dengan dia hubungan adik dengan mama dah putus" Sampai macam tu sekali, aku tidak suka ibuku berkawan dengan lelaki sebegitu. Aku tahu lelaki itu cuma mahu mengambil peluang sahaja. 

Hmm. 

Selalu aku mengingatkan diri bahwa dugaan Allah itu dengan pelbagai cara, pelbagai bentuk. Ada je tak henti henti. 

Tiap malam sebelum tidur aku terus menangis, menagis merindui keluarga ku yang dulu. Sungguh aku rindu sangat. Nak buat macam mana kan? ;') Benda dah jadi punn. Sabar jelah :')