Sifat-Sifat Rasulullah :)

Bismillahirahmanirahmaanirahim
dengan nama allah yang maha peemurah lagi maha penyayang
segala puji milik allah 'Azza wajalla dan selamat sejahtera ke atas hambanya yang terpilih :)
Hari ini ana mahu berkongsi tentang sifat sifat rasulullah.
Semoga bermanfaat untuk semua yang membacanya.
( nn)(nn )


SIFAT FIZIKAL
  • Anas bin malik r.a meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w tidak terlalu tinggi dan terlalu rendah, warna kulitnya tidak terlalu putih dan tidak terlalu kemerahan, rambutnya tidak terlalu kerinting dan tidak terlalu lurus, Allah mengutuskannya ketika beliau berusia empat puluh tahun.
  • Al-Barra'ibn'azib r.a berkata bahawa baginda rasulullah s.a.w seorang yang bidang dadanya (tanda kecerdikan dan kekuatan) dan lebat rambutnya. Dalam riwayat yg lain semasa berjalan baginda condong sedikit ke hadapan.
RAMBUT
  • Anas bin malik r.a meriwayatkan bahawa rambut baginda s.a.w panjangnya sehingga sama paras telinganya.
  • Aisha r.ha pernah menceritakan bahawa aku manis bersama Rasulullah s.a.w menggunakan air daripada bekas yang satu, aku melihat rambut baginda dari paras bahu san bawah sedikit daripada telinga. 
UBAN
  • Abdullah bin umar ra meriwayatkan bahawa uban baginda s.a.w sekitar dua puluh urat shaja
  • Anas menceritakan lagi,"Aku menghintung uban di kepala dan janggut rasulullah s.a.w , Aku dapati uban baginda s.a.w tidak melebihi empat belas urat uban" 
CELAK
  • Rasulullah s.a.w bersbda, "Bercelaklah kamu dengan ithmid (batu yg dihancurkan utk digunakan sebagai serbuk celak) Kerana ia boleh menerangkan mata dan menumbuhkan rambut
  • Riwayat ibnu Abbas r.a Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa rasulullah saw bercelak sebelum tidur dengan ithmid tiga kali setiap mata 
PAKAIAN 
  • Ummu salamah r.ha berkata"Pakaian yang paling dikasihi oleh Rasulullah saw ialah jubah"
  • Asma' binti yazid berkata bahawa labuh tangan jubah baginda saw sampai ke pergelangan tangan
  • Anas bin malik ra berkata, "Pakaian yang paling dikasihi baginda ialah Hibarah
  • Kata Al-Dawudi warnanya hijau kerana ia pilihan ahli syurga
  • Aishah rha berkata"Pernah suatu petang, baginda saw keluarm bersamanya satu kain yg besar dan panjang serta tidak berjahit"
  • Sabda Rasulullah saw,"Warna putih menjadi pakaian orang yg hidup antara kaumu, dan dikafankan orang yang mati kerana ianya dia antara pakaian kamu yang terpilih.

SERBAN 
  • Jabir ra berkata bahawa baginda saw memasuki makkah pada hari pembukaan kota makkah dengan memakai serban yang berwarna hitam
  • Ibnu umar berkata bahawa rasulullah saw apabila memakai serbanya , ia melabuhkan sehingga sampai ke sehingga sampai ke paras dua bahu.
  • Imam Nawawi berkata bahawa harus melabuhkan hujung serban aytaupun tidak dan tidak ada yang cela antara kedua-duanya , dan tidaj ada hadis yang mencegah daripada tidak melabuhkannya .

CINCIN 
  • Ali bin Abi Thalib meriwayatkan bahawa baginda saw memakai cincin pada jari kanannya.
  • Mengikut riwayat ibnu Umar bahawa di atas cincin baginda juga diukir kalimah Muhammad Rasulullah saw sebagaimana khatamnya
  • Begitu juga Al-Hassan dan Al-Hussain memakai cincin pada jari kananya 

BERJALAN
  • Abu hurairah r.a berkata, " Aku tidak melihat seseorang lebih indah daripada Rasulullah saw, wajahnya berseri seperti cahaya matahar. Aku tidak pernah melihat seorang berjalan lebih laju daripada Rasulullah saw seolah-olah bumi digulung untuknya sehingga kami bersungguh-sungguh mengikuti langkah baginda. Tetapi langkahnya tidak terlampau laju"
  • Ali r.z berkata " Rasulullah saw berjalan dengan penuh gagah, tidak seperti perempuan berjalan"
  • Al-Mubarakfuri berkata seolah-olah baginda saw berjalan dengan penuh ketenangan.
Dan itu sahaja yang ana mahu berkongsi. Semoga bermanfaat untuk semua. Jadi, marilah kita mengikuti sifat-sifat Rasulullah saw ^______^