Pentingnya Solat :')

Bismillahirahmanirahim
Assalamuaalaikum wbt

Abdullah bin Mas'ud pernah berkata "Pernah sekali aku bertanya kepada Rasulullah tentang amalan (manusia) , manakah yang paling diredhai allah?" Baginda menjawab "Adalah solat" . Kemudian aku bertanya lagi. "Yang manakah pula selepasnya (mengikut susunan keredhaan)? " Baginda menjawab: "Menghormati kedua ibu bapanya" . Kemudian aku bertanya lagi, " Selepasnya apa lagi? " Baginda menjawab "Berjihad" .

Menurut Syaqiq Balki , seorang syeikh yang termashur , lima perkara yang dapat diperolehi daripada lima saluran iaitu :

1.Berkat rezeki melalui Ishraq
2.Cahaya di dalam kubur melalui Tahajjud
3.Kemudahan menjawab munkar dan nakir melalui tadarus Al-quran
4.Mudah melintas siratthalmustaqim melalui puasa dan sedekah
5.Sesebuah bilik di bawah naungan Arasy ilahi pada hisab melalui zikrullah

Beberapa Hadis Rasulullah yang memerintah agar solat dikerjakan beserta fadhilat-fadhilat sekali.

  • Solat adalah ibadah pertama yang diperintahkan allah dan solat yang pertama akan dihisab oleh allah pada hari akhirat nanti.
  • Takutilah allah dalam perkara solat yang membezakan antara iman dan syirik
  • Iman dan solat adalah perkara solat yang amat bernilai kerana ia sebagai tanda islamnya seseorang
  • Solat adalah jihad yang terbaik dalam menegakkan tiang agama
  • Solat adalah nur bagi orang mukmin dan penghinaan syaitan
  • Allah bermurah hati dan menjauhkan bencana terhadap seseorang selagi dia mengerjakan solat
  • Amalan solat yang dikerjakan pada tepat waktunya amat dicintai oleh allah subhanahu wa taala 
Semoga kita dijauhi daripada kelalaian solat dan sentiasa solat pada tepat waktunya :')
Aminnn .
Assalamuaalaikum wbt .
SYUKRAN KERANA SUDI MEMREAD POST ANA .